Plot Spotlight (filem)

Pada tahun 2001, The Boston Globe melantik seorang penyunting baru, Marty Baron. Baron berjumpa Walter "Robby" Robinson, penyunting pasukan Spotlight, sebuah kumpulan kecil wartawan yang menulis rencana siasatan yang mengambil masa berbulan-bulan untuk diselidik sebelum diterbitkan. Selepas Baron membaca sebuah ruangan Globe mengenai seorang peguam, Mitchell Garabedian, yang berkata bahawa Kardinal Law (Archbishop Boston) mengetahui bahawa paderi John Geoghan melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan paderi tersebut. Dia mendesak pasukan Spotlight untuk menyiasat. Wartawan, Michael Rezendes menghubungi Garabedian yang pada awalnya menolak untuk ditemu bual. Walaupun dia disuruh untuk tidak memberitahu, Rezendes mendedahkan bahawa dia berada dalam Pasukan Spotlight sekaligus memujuk Garabedian untuk bercakap.

Pada awalnya mempercayai bahawa mereka mengikuti sebuah cerita mengenai seorang paderi yang dipindahkan beberapa kali, Pasukan Spotlight mula mendedahkan sebuah corak gangguan seksual terhadap kanak-kanak oleh paderi-paderi Roman Katolik di Massachusetts dan perlindungan berterusan oleh Boston Archdiocese. Melalui seorang lelaki yang mengetuai sebuah organisasi hak mangsa, mereka memperluaskan siasatan mereka kepada tiga belas paderi. Mereka mempelajari daripada seorang bekas paderi yang bekerja cuba untuk memulihkan paderi-paderi pedofilia bahawa ia terdapat sekurang-kurangnya sembilan puluh paderi pedofilia di Boston. Melalui penyelidikan, mereka menyenaraikan lapan puluh tujuh nama dan mula mencari mangsa untuk menyokong syak wasangka mereka. Apabila Serangan 11 September berlaku, pasukan ini terpaksa mengutamakan cerita ini. Mereka mendapat semula momentum apabila Rezendes mengetahui daripada Garabedian bahawa terdapat dokumen umum yang mengesahkan Kardinal Law menyedari masalah itu dan mengabaikannya. Selepas The Boston Globe memenangi sebuah kes untuk membolehkan lebih banyak dokumen undang-undang didedahkan, Pasukan Spotlight akhirnya mula untuk menulis cerita ini dan merancang untuk menerbit penemuan mereka pada awal tahun 2002.

Ketika mereka hendak pergi mencetak, Robinson mengaku kepada pasukannya bahawa dia telah dihantar senarai dua puluh paderi pedofilia pada tahun 1993 tetapi cerita itu tidak pernah disusulinya. Baron memberitahu Robinson dan pasukannya bahawa kerja yang mereka lakukan adalah penting. Cerita ini dicetak dengan sebuah pautan yang membawa kepada dokumen-dokumen yang mendedahkan Kardinal Law dan nombor telefon untuk mangsa-mangsa paderi pedofilia untuk tampil ke hadapan. Pada pagi hari berikutnya, Pasukan Spotlight dibanjiri dengan panggilan telefon daripada mangsa-mangsa untuk memberitahu cerita mereka.

Rujukan

WikiPedia: Spotlight (filem) http://3blmedia.com/News/Participant-Medias-Spotli... http://blog.afi.com/here-are-the-afi-awards-2015-o... http://www.boston.com/entertainment/2014/09/24/glo... http://www.boston.com/entertainment/2014/09/26/spo... http://www.boston.com/globe/spotlight/abuse http://www.bostonglobe.com/lifestyle/names/2014/08... http://www.bostonglobe.com/lifestyle/names/2014/09... http://www.bostonglobe.com/lifestyle/names/2014/09... http://www.bostonglobe.com/lifestyle/names/2014/09... http://www.bostonglobe.com/news/special-reports/20...